Kami Bukan Sahaja Menjual Tetapi Membantu Anda Memilih Hanya yang Sesuai

Kemunculan Syahadda Style bukan untuk bersaing di kalangan para peniaga online khususnya selendang tetapi kami ingin memeriahkan lagi dan menampilkan pelbagai koleksi terkini pilihan selendang. Kami percaya gadis bertudung di luar sana juga ingin kelihatan yakin dan bergaya. Sebagai gadis bertudung, paling utama ialah kecantikan dan kekemasan yang bermula di bahagian kepala. Di sinilah bermulanya pandangan pertama orang yang melihat ataupun menilai.

Jadi, pastikan anda yang bertudung memilih tudung ataupun selendang yang sesuai. Memang banyak di pasaran tetapi pastikan anda memilih hanya yang sesuai untuk anda. Kami di Syahadda Style bukan sahaja memberikan pilihan selendang tetapi kami akan membantu anda membuat pilihan yang betul.



Saturday, February 20, 2010

Anak Tudung dari Fabrik Kapas


Contoh Penggayaan Anak Tudung dari Fabrik Kapas


Contoh Anak Tudung apabila disarungkan pada kepala

Kod AT1
(Harga RM8 (tidak termasuk harga pos)
Keistimewaan anak tudung dari fabrik kapas:
1. Menyerap peluh.
2. Kemas dan sangat mudah dipakai.
3. Sangat cantik apabila digayakan bersama selendang, juga boleh digayakan bersama tudung daripada jenis yang lain.

Panduan menggayakannya
1. Jika menggayakan bersama selendang, pastikan anda memilih selendang daripada warna yang agak berbeza bagi menimbulkan kesan pada penampilan selendang.
2. Jika menggayakan bersama selendang daripada fabrik sifon ia merupakan pilian yang tepat kerana membantu agar selendang ini kemas di kepala.



Selendang dari Fabrik Pashmina



Kod S1

Kod S2


Kod S3



Kod S4

Contoh Penggayaan Tudung yang Menggunakan Anak Tudung Bawal

Menggunakan anak tudung bawal, selendang daripada fabrik sifon amat mudah digayakan. Selain penggayaan biasa, selendang ataupun tudung daripada fabrik sifon mudah digayakan untuk apa-apa gaya kerana fabriknya senang dibentuk.

Anak Tudung Bawal

Bagi anda yang gemar menggayakan tudung daripada fabrik sifon dan mortada, mungkin menghadapi masalah untuk membentuk tudung kerana fabrik jenis ini licin dan ringan. Anak tudung bawal membantu anda kerana:

* Memudahkan anda untuk membentuk tudung. Hanya memakainya seperti anda memakai anak tudung biasa tetapi pastikan rambut anda telah dikemaskan, kemudian sarungkan tudung pilihan anda. Kemudian kemaskan.
* Jangan risau ia tidak akan membuatkan wajah anda kelihatan lebih besar kerana anak tudung ini tidak menggunakan pengeras yang tebal.
* Sesuai untuk bentuk wajah yang bulat kerana ia akan membuatkan wajah anda lebih kelihatan bujur.
* Menggunakan fabrik kasa dan sangat sesuai untuk anda yang aktif kerana ia menyerap peluh.
* Sesuai digandingkan dengan pelbagai jenis fabrik tudung.
* Terdapat dalam pelbagai pilihan warna.
* Harga RM18 (tidak termasuk harga pos)